Monday, January 31, 2011

[sim] PERLU INFO : Wang USD 1,000 note


2011/1/25 Roslan Che Min <roslan_cm@yahoo.com>
 
salam buat semua warga SIM.
Saya perlukan sedikit nasihat dan pandangan dari teman2 di SIM terutama kakitangan bank org kawan2 yg terlibat dlm money changer.Kawan saya mempunyai note US1000 siap dgn certificatenya.beliau mau tanya apakah wang tersebut boleh di tukarkan ke matawang Ringgit di mana2 bank atau money changer?
Mohon pendapat dari teman2..
wassalm..

________________________________________________________________________________

KOMEN-KOMEN DARI WARGA SIM

---------- Forwarded message ----------
From: Ahmad K <ahmadkerl@gmail.com>
Date: Wed, Jan 26, 2011 at 11:27 AM
Subject: Re: [sim] PERLU INFO : Wang USD 1,000 note
To: SIM <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>


 
Sejarah USD1000 note - kalau benar kawan En Roslan tu ada bank note itu, rasanya tak laku kalau tukar kat bank, tapi laku kalau jual kat currency collector. Boleh lelong kat eBay...


Large denominations of United States currency

From Wikipedia, the free encyclopedia
Today, the base currency of the United States is the U.S. dollar, and is printed on bills in denominations of $1$2$5$10$20$50, and $100.
At one time, however, it also included five larger denominations. High-denomination currency was prevalent from the very beginning of U.S. Government issue (1861). $500, $1,000, $5,000, $10,000 and $100,000 interest bearing notes were issued in 1861, and $5,000 and $10,000 United States Notes were released in1878. There are many different designs and types of high-denomination notes.
The high-denomination bills were issued in a small size in 1929, along with the $1 through $100 denominations. The designs were as follows:
The reverse designs are abstract scrollwork with ornate denomination identifiers. All were printed with in green, except for the Series of 1934 gold certificatewhich were printed in orange on the reverse. These Series 1934 gold certificates (of denominations $100, $1,000, $10,000, and $100,000) were issued after thegold standard was repealed and gold was compulsorily purchased by order of President Franklin Roosevelt on March 9, 1933 (see United States Executive Order 6102), and thus were used only for intra-government transactions and not issued to the public. Of these, the $100,000 is an odd bill in that it was printed only as this Series 1934 gold certificate. This series was discontinued in 1940. The other bills are printed in black and green as shown by the $10,000 example (pictured below).
Although they are still technically legal tender in the United States, high-denomination bills were last printed in 1945 and officially discontinued on July 14, 1969, by the Federal Reserve System[1] The $5,000 and $10,000 effectively disappeared well before then. Of the $10,000 bills, 100 were preserved for many years by Benny Binion, the owner of Binion's Horseshoe casino in Las Vegas, Nevada, where they were displayed encased in acrylic. The display has since been dismantled and the bills sold to private collectors. Also, there is one large size, 1800's-era $1,000 bill in the Birdcage Theater in Tombstone, Arizonaunderneath the glass counter top.
The Federal Reserve began taking high-denomination bills out of circulation in 1969. As of May 30, 2009, there were only 336 known $10,000 bills in circulation; 342 remaining $5,000 bills; and 165,372 remaining $1,000 bills.[2] Due to their rarity, collectors will pay considerably more than the face value of the bills to acquire them.
For the most part, these bills were used by banks and the Federal Government for large financial transactions. This was especially true for gold certificates from 1865 to 1934. However, the introduction of the electronic money system has made large-scale cash transactions obsolete. When combined with concerns about counterfeiting and the use of cash in unlawful activities such as the illegal drug trade, it is unlikely that the U.S. government will re-issue large denomination currency in the near future, despite the amount of inflation that has occurred since 1969. According to the US Department of Treasury website, "The present denominations of our currency in production are $1, $2, $5, $10, $20, $50, and $100. Neither the Department of the Treasury nor the Federal Reserve System has any plans to change the denominations in use today."[3]


$1,000 bill

$1000 bill
$1000 bill, Obverse
Series 1928 $1000 bill, Obverse
$1000 bill, Reverse
Series 1928 or 1934 $1000 bill, Reverse
The $1000 bill featured Grover Cleveland on the obverse and the words "One Thousand Dollars" on the reverse. It was printed as a small-size Federal Reserve Note in 1928, 1934 and 1934A, and a small-size Gold Certificate in 1928 and 1934. As of May 30, 2009, there are 165,372 $1,000 bills in private hands.[2]

Series 1918 $1,000 bill, Obverse, withAlexander Hamilton

Series 1918 $1,000 bill, Reverse




2011/1/26 ikmal radzi <ikmal_radzi@yahoo.com>
Assalamualaikum Sdra. Ahmad,
Memang dah lama kita sering dengar ada org menyimpan Dollar US (USD) tapi semuanya payah nak digunakan, sama ada wang itu benar atau palsu kita kena laha berhati hati agar tidak tertipu kerana bermacam hal terjadi kononnya nak cepat kaya .
So saya nasihatkan Sdra berhati hati dan temui yg arif dlm bidang ini .


From: Ahmad K <ahmadkerl@gmail.com>
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, 26 January 2011 10:41:14

Subject: Re: [sim] PERLU INFO : Wang USD 1,000 note


 
Wassalam,

nasihat saya, buat report polis. nampak macam kena tipu. Macam kes jutawan lubnan yang penipu itu saja.

PPIM : Kebanyakan kes seperti ini adalah tipu. Tetapi, jika anda yang lain ada maklumat lain yang lebih sahih, kongsikan di sini.

Friday, January 28, 2011

ATM MasterCard (TIPU NI)


From: ATM MasterCard /Asia <info@atm.com>
Sent: Monday, 24 January 2011 13:44:54
Subject: Attention:

ATM MasterCard
Asia/Pacific Regional Headquarters
Gurney Training Centre, Komplek MAB,
Jalan Tun Sambanthan 4, 50470 Brickfields,
Kuala Lumpur. Malaysia
Malaysia

Attention: ATM MasterCard Beneficiary

We wish to officially notify you once again of your status via your
emailaddress as our previous letter to your home address mailbox was
returned undelivered. Your cash bonus of USD$ 620,000 (Six Hundred and
Twenty Thousand United States Dollar) have been RELEASED and APPROVED for
onward delivery to you via our ATM MasterCard which you will use to
withdraw cash at any ATMs SERVICE MACHINES where you see the MasterCard
(or Maestro®/Cirrus®) sign/logo located in more than 22 million locations
across 210 countries
worldwide.

This amount of USD$ 620,000 (Six Hundred and Twenty Thousand United States
Dollar
) is cash bonus awarded to you from MasterCard Worldwide for your
use of the Automated Teller Machine (ATM) recently. Maximum withdrawal
limit per day is USD$ 9,500 (Nine Thousand, Five
Hundred United States Dollar) Only.

If we have reached you this time as hopeful, endeavor to get back to us
immediately to enable us commence the immediate delivery of your ATM
MasterCard and ATM PIN NUMBER to your present home address.


The delivery process of your ATM MasterCard shall be concluded as soon as
you have contacted the Officer in Charge of delivery as stated below:

=========================================================
Contact Person: Mohammed Mustapha
Officer in Charge ( Protocols, Handling and Delivery )
ATM MasterCard
Asia/Pacific Regional Headquarters
Email: mr_mohammed001@gmx.com
Phone Number: +60102034867
=========================================================

Please provide him with the underlisted informations below as soon as
possible;

1. Full Names
2. Delivery Address ( PRESENT HOME ADDRESS NOT P.O. Box )
3. Nationality / Present Location
4. Occupation
5. Phone Number(s)

Thanks for your cooperation and congratulations once again.

Yours in Service,
Colleen Stoltz
Customer Care
ATM MasterCard
Asia/Pacific Regional Headquarters
Gurney Training Centre, Komplek MAB,
Jalan Tun Sambanthan 4, 50470 Brickfields,
Kuala Lumpur. Malaysia

PPIM : PENUH DENGAN TIPU MUSLIHAT

Wednesday, January 26, 2011

TELEKOMUNIKASI-CAJ BERLEBIHAN KEPADA PENGGUNA TELEFON BIMBIT

From: mohd ns <mo?????@gmail.com>
Date: 2010/2/22

( gambar adalah sebagai hiasan)

Salam to PPIM, Mesej iklan ke handphone 
Saya menerima mesej iklan ke hendphone yang mengenakan caj. Untuk info, sebelum ini saya pernah melanggan permainan video menerusi iklan di TV. Untuk makluman juga, setiap mesej yg diterima tidak terdapat pilihan untuk membatalkan perkhidmatan tersebut. Ini membebankan saya dari segi kewangan kerana setiap bulan terpaksa menanggung kos lebih daripada RM100.Paparan di telefon bimbit ada seperti berikut:

title: RM6.00: RACE-FRUIT SQUASH Address: http://202.71.107.3:8080/sms/my_download.php?id 617622_56631(number id adalah berlainan utk setiap mesej yg dihantar.) Sepatutnya semua iklan berbentuk langganan mestilah mempunyai pilihan utk membatal perkidmatan sekiranya pengguna ingin menamatkan perkhidmatan.Ini merupakan penipuan terhadap pengguna. Saya berharap pihak PPIM dapat menyelongkar masalah ini serta dapat membantu saya untuk keluar dari bebanan ini. Saya percaya masih ramai lagi di luar sana yang mempunyai masalah seperti ini.

Yang benar
M------- n

PPIM : Aduan ini akan dirujuk kepada CFM (Consumer Forum Malaysia) untuk tindakan dan penjelasan selanjutnya.

Tuesday, January 25, 2011

EMEL PILIHAN : Kemaskini Fatwa hukum MLM.


From: hey-qall <ai????????????85@yahoo.com>
Date: 2011/1/16
Subject: Kemaskini Fatwa hukum MLM.
To: webmaster@islam.gov.my
Cc: efatwa@islam.gov.my, projakim@islam.gov.my, muslimconsumers@gmail.com, wanzahidi@muftiwp.gov.my, mamat@muftiwp.gov.my, azizah@muftiwp.gov.my, webmaster@moha.gov.my, cap1@streamyx.com


Assalamualaikum,

saya ingin menarik perhatian pihak tuan berhubung fatwa MLM atau Multi Level Marketing.

Diharapkan pihak Tuan, dapat mengemaskini data tersebut dengan lebih jelas. Saya dapati hukum bagi MLM di website Majlis Fatwa adalah harus.tetapi tiada penjelasan mengenainya.

ini kerana :

1. Banyak syarikat yang menggunakan fatwa tersebut untuk mengaut keuntungan.
2. Banyak orang sudah tertipu dengan skim2 pyramid atau pun MLM terutama nya kaum MELAYU.

Ini antara kandungan yang dpt membantu dan mengelakkan penipuan berleluasa.Perkara ini ditulis oleh pihak JAKIM dalam Email, tetapi TIADA di website.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa secara amnya hukum Multi Level Marketing (MLM) adalah harus. MLM itu harus hukumnya sekiranya:


  • Transaksi iaitu akad antara penjual dan pembeli dilakukan atas kerelaan dua-dua belah pihak iaitu atas dasar suka sama suka dan tiada paksaan.
  • Barang yang diperdagang atau dijualbeli suci, bermanfaat dan sahih sehingga tiada unsur kesamaran atau penipuan.
  • Harga barangan yang diperjualbeli adalah wajar dan tidak membebankan.

Tetapi ada beberapa sebab yang akan membatal dan mengubah hukum harus tersebut kepada haram:

  • Hasil pendapatan bukan dari hasil penjualan barang.
  • Barangan yang ditawarkan tidak berkualiti dan benar-benar berguna atau mempunyai kajian saintifik.
  • Ahli menyertai MLM kerana keinginan terhadap pendapatan yang dijanjikan bukan produknya.
  • Harga tinggi daripada biasa.  
  • Belian peribadi minimum (target) sebagai syarat komisyen.
Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan harganya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193. (ini lebih kepada perniagaan internet seperti Login Facebook Dapat RM 100, Tunai Segera, RM20 Segera, MySpaceMoney, DAPATWANG dan sebagainya).


  • Jual beli melibatkan barangan yang diharamkan dalam Islam.  
  • Terdapat juga unsur mirip “shafqatayn fi shafqah”, atau bay’atayn fi bay’ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu). Contohnya “aku jual barang water filter ini dengan harga RM 2000 dengan syarat engkau jadi wakil jualanku dengan komisyen sebanyak 3 % dari harga jualanmu dan aku beri mandat kamu untuk jadi lantik ahli baru dan setiap jualannya kamu akan dapat 1 % dengan syarat kamu ada jualan sendiri sebanyak RM 1000 setiap bulan”.
(Jawapan dari pihak JAKIM berhubung Hukum MLM).

Diharap pihak Tuan dapat memasukkan data-data tersebut agar dapat menjelaskan kepada orang awam.

kenapa hukum nya HARUS dan bagaimana terjadinya HARAM.

terima kasih.

Yang prihatin,
Hiekal

Sunday, January 23, 2011

TITAN GROUP



From: A------ D--- <a----.d??d@gmail.com>
Date: 2010/2/9


Saya baru mendapat panggilan dari TITAN GROUP, katanya ada peluang perniagaan yang menguntungkan dengan cara membuat pelaburan akan dapat pulangan minimum ribuan ringgit setiap bulan. Modus operandi ala Water Drop rasanya. Minta pihak PPIM membuat siasatan dan war-warkan dalam radio dan juga akhbar sekiranya didapati ianya adalah tujuan penipuan. Mesej yang diberi kepada handphone saya setelah bersetuju untuk menghadiri sesi taklimat adalah seperti berikut.\"TITAN GROUP\"Exclusive Business invitation at the JAYA ONE No 23-7 Block B, No 72-A Jalan Universiti, Section 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor. Look for Mr Eric Leong (Speaker)

PPIM : Setakat maklumat yang kami ada, perniagaan water drops masih lagi  berleluasa dengan menggunakan nama perniagaan yang lain tetapi menggunakan modus operandi yang sama. Jika anda ada maklumat yang sama, maklumkan kami untuk siasatan. Rujuk juga



http://www.complaintsboard.com/complaints/titan-group-sdn-bhd-c359851.html


Friday, January 21, 2011

DuaKaliDotCom


From: D--------- R---------<d???????03@yahoo.com>
Date: 2011/1/19
Subject: DuaKaliDotCom
To: muslimconsumers@gmail.com

Assalamualaikum/Selamat Sejahtera,
Saya dayang. Nak tanya ttg MLM di atas ada unsur penipuan atau tidak.
Maklumat lanjut sila layari website www.2kali.com.
Terima kasih.
Ikhlas,
Dyg
PPIM : Kami masih lagi sedang menyiasat tentang status perniagaan ini. Tetapi, jika anda ada maklumat, sila kongsikan bersama di sini.

Thursday, January 20, 2011

Penipuan Maxis Broadband Wireless


----- Forwarded Message ----
From: N------ I-- <??????@yahoo.com>
Sent: Tue, January 12, 2010 8:54:09 PM
Subject: Penipuan Maxis Broadband Wireless

Salam Satu Malaysia buat semua,

Satu isu penting perlu diberikan perhatian dalam proses perkembangan rakyat Malaysia untuk celik IT iaitu penggunaan Wireless Broadband.

Dunia hari ini memerlukan penggunaan internet di mana - mana. Jadi, sayapun tidak mahu ketinggalan dan menggunaan Maxis Broadband. Semasa promosi 2 bulan lepas, Maxis menawarkan promosi 3 bulan pertama yang murah iaitu kira - kira RM47 sebulan dengan PENGGUNAAN TANPA HAD (unlimited access). Turut diteranngkan pakej yang ditawarkan itu mempunyai had kelajuan normal apabila saya menggunakan kurang dari 1.5GB dan akan perlahan apabila melebihi had tapi saya masih boleh melayari internet seperti biasa. Saya membeli pakej tersebut disebabkan penggunaan tanpa had.Ianya benar pada 2 bulan pertama iaitu setiap bulan penggunaan saya adalah 6GB. Promosi tersebut menghendaki saya melanggan 12 bulan dan perlu membayar RM200 jika mahu menutup akaun sebelum 12 bulan.

Namun, 2 hari lepas saya dikejutkan dengan paparan yang ditunjukan maxis apabila memberitahu bahawa saya telah melebihi had 1.5GB dan perlu membayar RM28 setiap 1GB quate jika mahu menyambung penggunaan. Ia berkuatkuasa 4 januari 2010. sila layari URL ini ... http://www.maxis.com.my/maxisbb/quota.asp

Ini merupakan satu penipuan dan pengubahsuaian kontrak kerana menghadkan penggunaan saya seperti dipromosikan dahulu. saya terus menghubungi Helpdesk maxis namun jawapan yang agak mengecewakan iaitu ia tidak dapat berbuat apa. demi mengambil hati, helpdesk tersebut memberitahu bahawa 1GB pertama adalah percuma.

Saya sungguh tidak berpuas hati kerana penggunaan yang dijanjikan hanya untuk sedikit sahaja. Untuk mereka yang jarang menggunakan internet untuk MUAT TURUN, 1.5 adalah terlalu banyak. tetapi bagi yang sebaliknya adalah sedikit.

tahukah anda, setiap gambar, lagu, video yang dipaparkan laman web dikira sebagai muat turun juga?  bayangkan jika anda streaming youtube atau mendownload aplikasi dan lagu - lagu,  saiznya adalah lebih besar dan 1.5GB boleh dihabiskan dalam seminggu.

Sebelum ini saya pernah mendengar mengenai Celcom tetapi tidak mempercayai sehingga kini. Penipuan oleh Maxis dan mungkin syarikat broadband yang lain?

bantulah ... bersama kita bina generasi celik IT! hapuskan penipuan syarikat gergasi. hanya kerana masyarakat tidak mampu untuk mengupah peguam yang mahal untuk menyaman, tak bermakna mereka boleh terus bermaharaja lela!!

yang benar,

Pengguna tertipu : (

Tuesday, January 18, 2011

EMEL: BALASAN

---------- Forwarded message ----------
From: Ria Citra <ria.citra2010@rediffmail.com>
Date: 2010/12/20
Subject: BALASAN

Dear,

Perkenalkan nama saya Ria Citra Saya ringgal di London namun berasal dari Indonesia . Saya bertemu seorang bankir. Mr Clement berniat untuk datang berinvestasi di Indonesia.Dia menasihati saya untuk mencari seorang teman di Indonesia yang dapat membantu dia berinvestasi. Apakaha Anda bisa membantu Mr Clement?


Mr Clement sendiri adalah seorang Direktur Executive yang mengurus pengkreditan dan Nota Luar Negeri di Bank Of  Citibank (UK) PLC. Beralamatkan di
11 Earl Grey Street Edinburgh
EH3 9B. Dia ingin mentransfer uang sebanyak
5,000,000.00 pounds dan menggunakannya untuk berinvestasi di Indonesia .

Apabila anda berminat membantu, mohon anda bisa membantu juga dalam:

1. Membantu dalam hal transfer dana yang dimaksud
2. Memberikan arahan dalam hal-hal yang patut diinvestasikan
3. Membantu membeli harta perumahan di Indonesia


Apabila anda berniat untuk membantu dia dalam tranksaksi ini, anda diberikan 30% dari jumlah dana 5,000,000.00 Pounds. Mr Clement akan sangat senang apabila anda bisa membantu dengan memberikan NOMOR TELEPON anda. Ini supaya Mr Clement bisa memberikan informasi lengkap tentang cara, prosedur dan berbagai macam hal yang berhubungan agar dana ini bisa ditransfer atau tersedia untuk anda.


Saya menunggu balasan dan reaksi positif anda.
Apabila anda BERMINAT membantu saya dan Mr.Clement, silahkan memberikan

BALASAN BERUPA EMAIL: KE   citra_ria2010@hotmail.com  

Hormat Ria 
PPIM : Sang penipu memang akan sentiasa mencari jalan memperdayakan kita. Emel sebegini terdapat dalam pelbagai bahasa yang tujuannya 1, MENIPU! Kesimpulannya, JANGAN MUDAH TERPEDAYA!

ADUAN PPIM-UNSTOPPABLE MENIPU

 
---------- Forwarded message ----------
From: liza <crxxxxxxxxxxxxx5@yahoo.com>
Date: 2009/12/25
Subject: Aduan PPIM
To: aduanppim@gmail.com

saya ingin kes perniagaan yg melibatkan jual beli secara judi dan penipuan ini di ambil tindakan serta merta...foto diatas leader pada jualan piramid en khairul...perniagaan yg tiada jualan produk hanya bercakap tipu dengan org..sy kehilangan rm1550 duit saya. harap dpt mengambil tindakan di atas jualan uptrend & unstoppable ini.


PPIM : Setelah disiasat, unstoppable tersebut adalah meragukan dan menyalahgunakan nama PPIM

Monday, January 17, 2011

DITIPU RM 100,000 OLEH DATO' MAYA



PPIM : Jika anda juga pernah mengalami pengalaman yang sama atau lebih kurang sama, sila kongsikan maklumat anda di sini.

Saturday, January 15, 2011

PENGUMUMAN PPIM


Pelancaran blog forumsemak.blogspot.com
Alhamdulillah, blog ini telah dengan rasminya dilancarkan pada 14 Januari 2011 (semalam) di Sembang Sembang Cafe, The Mall (http://sembangcafeppim.blogspot.com/) dan sehingga  ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat pengguna.

Untuk makluman, blog ini diwujudkan untuk menjadi rujukan setiap jenis penipuan yang telah, sedang dan akan berlaku. Berita yang dimuatkan adalah contoh penipuan yang telah diterima oleh jabatan aduan PPIM sejak 2008 dan juga yang terkini.

Oleh yang demikian, jika anda ingin kongsikan pengalaman atau membuat aduan sama ada tentang penipuan syarikat dan individu atau apa sahaja, anda dialu-alukan untuk menghantar ke emel rasmi kami aduanppim@gmail.com atau muslimconsumers@gmail.com dan jika ianya adalah 'urgent' sila berhubung terus ke hotline kami 0193591000 atau 0199130000.

Jika anda mahukan maklumat lebih lanjut tentang syarikat/individu yang telah dikenalpasti menipu oleh blog ini, anda perlu mendaftar menjadi ahli PPIM dan berhubung terus dengan kami.

Untuk pengetahuan juga, forum semak ini adalah singkatan dari FORUM SEMAK (check)  MAKLUMAT PERNIAGAAN. Anda diminta mewar-warkan laman ini kepada seluruh masyarakat agar penipuan-penipuan ini dapat dibanteras.

Keratan akhbar Kosmo 14 Januari 2011

Keratan akhbar Metro 14 Januari 2011




Kami juga menghargai dan mengalu-alukan setiap komen dari anda samada tentang blog ini atau untuk sebarang berita yang telah dikongsi.

Thursday, January 13, 2011

Fw: Fwd: senang dan ada hasil..sy dpt RM400 sehari



 
Satu Program PENDAPATAN UNIK Yang Sangat Menarik Dan Menakjubkan Hanya Dari Rumah Atau Dari Mana Saja Terdapat Akses Internet. Memperolehi RM 40.00 bagi setiap Respon yang diterima. Mudah Dilakukan.
 
Anda boleh mendapat wang sebanyak RM2,000-RM3, 000 sebulan, hanya secara separuh masa. Bayangkan jika anda berbuat demikian secara sepenuh masa. Anda boleh menarik nafas lega dengan berakhirnya permasalahan berat dalam kewangan anda.
Jika anda sedang tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan sampingan dan sanggup menerima pendapatan RM9,000 sebulan tanpa meninggalkan kerjaya anda sekarang, maka di sinilah jawapannya. Kami berani berkata ramai telah menerima pendapatan RM400.00++ setiap hari selepas sebulan mendaftar menjadi ahli, menggunakan kaedah yang yang diajarkan.
 
Maklumat lanjut dan pendaftaran sila klik web di bawah :
 
http://earnmoneymalaysia.webs.com/
     
SELAMAT MAJU JAYA.....
SEMOGA ANDA SUKSES SELALU....


Monday, January 10, 2011

Fw: Fwd: [sim] AMARAN : Awasi pihak yang menggunakan yayasan dan anak yatim untuk mengutip derma


---------- Forwarded message ----------

From: YPN <yayasannurhikmah@yahoo.com.my>

Subject: [sim] AMARAN : Awasi pihak yang menggunakan yayasan dan anak yatim untuk mengutip derma

To: SIM <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>

Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikmah.org.my

 KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN


Adalah dimaklumkan bahawa pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah mengeluarkan surat kuasa atau melantik mana-mana individu, agen, jabatan, syarikat, pertubuhan atau NGO untuk mengutip atau merayu sebarang derma atau sumbangan bagi pihaknya. Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah juga tidak pernah mengadakan sebarang majlis atau pertunjukan ataupun konsert bagi memungut derma.

Ini adalah berikutan dari banyak laporan yang kami terima akhir-akhir ini yang membabitkan kumpulan serta individu yang menjual kupon , produk, tiket serta rayuan derma yang menggunakan kepala surat dan logo Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Kumpulan ini dikesan melakukan kegiatan mereka disekitar Hentian Puduraya, KL Sentral, Mid Valley, KLCC serta KLIA. Beberapa laporan kegiatan yang sama juga telah dikesan di Johor Bahru, Kuantan dan Alor Setar. Mereka juga dilaporkan menggunakan kad nama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.

Sekiranya perkara tersebut anda temui sila buat laporan segera di balai-balai polis berdekatan atau terus menelefon En. Ahmad Fadzil Ahmad (Vice President - Finance YPN) ditalian 012-296 8649 (24 jam) atau Ibu Pejabat Yayasan Pembangunan Nur Hikmah di 03-8733 2411 (waktu pejabat).

Untuk makluman anda semua sumbangan untuk Yayasan Pembangunan Nur Hikmah hanya boleh dilakukan mengikut saluran dan butiran dibawah ini :


------------------------------------------------------------------------------------------------------

 KANAK-KANAK dilahirkan umpama kain putih yang memerlukan ibu bapa dan insan sekeliling untuk mencorakkannya, samada mahu membentuk mereka menjadi insan yang berilmu, beriman atau sebaliknya.

Anak-anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya dan mereka dilahirkan ke muka bumi ini untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan di samping menerima didikan dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka.

Sejak kecil mereka diberikan kasih sayang dan belaian yang tiada nilainya supaya mereka tahu untuk menghargainya apabila dewasa kelak. Sebagai ibu bapa, jangan ada rasa benci atau halangan untuk mencurahkan sepenuhnya kasih sayang terhadap anak mereka, supaya mereka tidak merasa terpinggir.

Sesibuk manapun seorang ibu atau bapa itu dengan kerjaya masing-masing, anak-anak tidak sepatutnya diabaikan. Walaupun diupah pengasuh untuk menjaga makan minum si anak, namun sebenarnya anak-anak lebih memerlukan perhatian daripada kedua ibu bapa mereka.

Anak-anak kecil mahukan belaian kasih sayang daripada insan yang melahirkan mereka, menyuapkan makan dan minum serta menidurkan mereka dan bukannya hanya wang ringgit semata-mata.

Namun, kisah penderaan kanak-kanak sering menjadi isu tatkala berlaku kes ini sehingga melibatkan kehilangan sebuah nyawa insan yang masih kerdil dan tidak berdosa.

Kita juga sering kali diperihalkan mengenai kisah kanak-kanak yang didera di media elektronik dan media massa sehingga mengusik naluri setiap insan.

Tiap kali berita seperti ini dipaparkan, ramailah yang mengutuk perlakuan insan yang tidak berhati perut ini. Reaksi terhadap perbuatan tidak berperikemanusiaan menjadi lumrah, namun ia tidak dapat membantu mengurangkan gejala ini.

Kes penderaan kanak-kanak ini sering dikaitkan dari segi mental mahupun fizikal. Akibat didera secara fizikal seperti dipukul, disimbah minyak panas dan ada dicucuh puntung rokok ataupun ubat nyamuk, akan meninggalkan parut-parut luka.

Malah, ada ibu bapa yang lebih kejam sehingga mereka sanggup menekap seterika panas di badan anak kecil ini tanpa ada rasa belas kasihan malah hanya membiarkan anak kecil ini menangis menahan rasa sakit yang tidak terhingga.

Penderaan dari segi mental juga meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri mangsa malah tiada ubat untuk mengubati kesan yang dialami. Jika dibiarkan ia akan menyebabkan tekanan dan gangguan mental serta tekanan jiwa yang menganggu proses pembesaran apabila mereka meningkat dewasa kelak.

Selain itu, ada juga penderaan yang melibatkan gangguan atau deraan seksual seperti rogol, cabul, mahupun liwat.

 Apabila sudah tidak tahan lagi dengan penderaan dan tekanan anak-anak ini mencari peluang untuk melarikan diri dari jagaan keluarga. Jika mereka melarikan diri untuk menumpang dengan ahli keluarga yang lain, mereka akhirnya akan dikembalikan kepada penjaga asal.

 Apa yang mereka lakukan ialah lari dan berlindung dengan orang yang tidak mereka kenali. Jika mereka bernasib baik mereka akan dihantar ke rumah jagaan atau rumah perlindungan.

Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (No. Pendaftaran 646393-A) ditubuhkan bagi membantu anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar.



Pada masa ini pihak yayasan sedang menjalankan berbagai program bagi mempertingkatkan kemudahan asas, peningkatan tahap pendidikan serta pembangunan insan bagi beberapa buah rumah jagaan anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Rumah-rumah tersebut ialah Rumah Nurul Iman di Manjoi, Ipoh, Perak , Pondok Penyayang Raudah, Gombak, Selangor, Rumah Jagaan Nur Hikmah Kajang , Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Sri Sabah dan Rumah Jagaan Darul Qana'ah Gombak, Kuala Lumpur. Beberapa buah lagi rumah jagaan juga sedang dalam proses untuk dimasukkan didalam program sokongan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.


MELALUI MAYBANK

 Anda dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak ini melalui Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030  , letakkan alamat email presiden@nurhikmah.org.my.



MELALUI CIMB ONLINE

 Caranya ialah :

 1. Login ke https://www.cimbclicks.com.my/

2. Pilih Pay Bills

 3. Pilih Akaun Anda (Payment From)

 4. Pilih Payment To >> Payee List

 5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah

 6. Masukkan Nama Anda (optional)

 7. Masukkan Contact No. (optional)

 8. Masukkan Jumlah

 9. Tekan Submit

 -------------------------------------------------------

YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH

No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon / Fax : 03-87332411
Laman web : www.nurhikmah.org.my
EMAIL  : presiden@nurhikmah.org.my
Yahoo Group: http://groups.yahoo.com/group/nurhikmah/
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AMARAN :

Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah melantik mana-mana pihak atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada pihak ketiga bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah atau Khidmat Nur Hikmah. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat terus kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah samada melalui cek atau secara online ke Akaun Maybank  564306010030.



Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila email kepada presiden@nurhikmah.org.my atau telefon 019-2158 827 (24 jam) .

Saturday, January 8, 2011

BINCANG-[sim] INFO : Perniagaan MLM Menurut Syariah


---------- Forwarded message ----------
From: azhan sufian <helikopter01@yahoo.com>
Date: 2011/1/6
Subject: Re: [sim] INFO : Perniagaan MLM Menurut Syariah
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com


 
salam semua
hmm..betul jugak ye...takda panel syariah...kalau camtu..kita better hentikan semua (bagi sapa2 yg join MLM ni)...elok jugak...menuju yg halal..tq kerana ingat mengingat.Kepada para leader2, bersedialah utk 'bertaubat' (kalau benda ni jatuh haram/berdosa). Jgn lupa minta maaf kpd downline2 yg dah diguide (or dieksploit). Bagi yg terasa terancam, takut kena belasah, elok lari la..keluar daerah (migrate ke oversea lagi bagus). kpd sesiapa yg baru nak menapak, baru nak belajar, baru nak faham konsep MLM, hentikan. ubah cara hidup kita seminimum mungkin. pagi2 kita makan di rumah, lunch bawak bekal, mlm makan lauk telur + kangkung. Kereta kita jual (berhutang banyak oo). umah..downgrade duduk umah kecik (2 bilik pun takpa...squeeze yg mana patut).kalau hantar anak ke tadika smart reader, pindah ke tadika KEMAS (or biar ajar sendiri di rumah, free je), jumpa tin kosong tepi jalan - kutip (bleh jual)...banyak cara lagi kita nak berjimat/nak jadi kaya kan...so, kepada sesiapa yg ada idea, tolong bantu, tambah lagi, solution jika MLM ni satu bisnes yg menjahanamkan kita..
sekian
w'salam

--- On Thu, 6/1/11, joko lungo <jokolungo3@yahoo.co.uk> wrote:

From: joko lungo <jokolungo3@yahoo.co.uk>
Subject: Re: [sim] INFO : Perniagaan MLM Menurut Syariah
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Date: Thursday, 6 January, 2011, 1:59 AM


 
Assalamualaikum warahmatullah.

ADA   panel syariah nye ke tak?  kalau tak de  panel syariah yang berwibawa . tak payah bincang samaada patuh syariah ke tak.

iktiraf menteri ni ada jaminan duit ke? boleh scankan surat iktiraf tu tak?


I don't know what the key to success is, but the key to failure is trying to please everyone.
I'm not perfect, i make mistakes, hurt people, but when i say sorry.I mean it.



--- On Tue, 1/4/11, alhasanawi <kizsari@yahoo.com> wrote:

From: alhasanawi <kizsari@yahoo.com>
Subject: [sim] INFO : Perniagaan MLM Menurut Syariah [1 Attachment]
To: "SIM" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Date: Tuesday, January 4, 2011, 4:07 PM

 
Salam sahabat semua,

Maaf jika saya mengganggu kalian.


Saya perhatikan makin ramai orang perkatakan tentang MLM ini. Disini saya ada sedikit info mengenai MLM yang menurut syariah sekaligus tidak menindas dan ikut syariat (ikut ISLAM)
~refer attachment~
Tuan/Puan/sahabat sekalian boleh baca dan bandingkan...

We do the best, Allah do the rest...

sekadar berkongsi ilmu sahaja..yang penting akaun akhirat masuk....insyaAllah...hehe


`Prove Yourself Is Someone The Best`

HAKIMIN BIN HASSAN
LECTURER
TAJ INTERNATIONAL COLLEGE, IPOH

Inginkan
Pendapatan Yang Tiada Had, Pendapatan Pasif (Berhenti Kerja Tapi Pendapatan Berterusan) dan Pendapatan Yang Boleh Diwarisikan Kepada Anak atau Keluarga?
Klik: www.bisnesjaya.com - Jika Berminat, emailkan Nama, No Tel, Umur dan Lokasi Anda. Ini adalah perniagaan yang benar di mana kita menjadi rakan kongsi kepada sebuah syarikat yang kukuh dan diiktiraf oleh PM termasuk 8 Menteri.


Friday, January 7, 2011

LEDAKKAN 2011


---------- Forwarded message ----------
From: Admin KonsepTerbaru <konsep2terbaru@gmail.com>
Date: 2011/1/6
Subject: LEDAKKAN 2011
To: cHe Na <ina_azlina@yahoo.com>


Program HEBAT & TERKINI yang di cari-cari oleh SEMUA orang!!! Duduk depan PC Buat duit!!! Dengan modal RENDAH, jana RM100-RM1,500 seminggu @ Anda boleh mengembalikan STATUS KEWANGAN dan mampu menjana pendapatan sampingan sehingga RM178,000.00 ATAU LEBIH dalam 10 bulan!!!